Halaman

Selasa, 7 Mei 2013

PAS salah satu faktor kekalahan Pakatan Rakyat

Salam kepada semua

Keputusan PRU13 sudah diketahui Allah berkehendak sedemikian maka tiada daya dan upaya kami sebagai hamba untuk melawanya, namun begitu Allah jua memberikan kita akal dan fikiran untuk memikir dan muhasabah diri atas apa jua yang berlaku. Maka bagi diri saya yang lemah ini kekelahan PR dalam PRU13 ini sebahagianya besarnya disumbangkan oleh Parti PAS dibawah pimpinan Hj Hadi yang banyak dilihat sebagai tidak cerdik dalam menguruskan hal berkaitan rakan dalam PR.

Saya dan sebahagian besar generasi saluran 3 amat kecewa dengan apa yang berlaku PAS melalui presidenya banyak mendatangkan rasa kurang senang aktivis PR juga pengundi yang telah lama bersedia untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Kami tidak menyangka seorang presiden parti Hj Hadi sanggup menghina dan memalukan rakan dalam PR yang lain hanya kerana beberapa perkara yang boleh diselasikan secara baik, ahli PAS juga dilihat terlalu menakutkan dengan melakukan pelbagai perkara antaranya sebotaj dan kelihatan seperti sorang yang sangat tamak hanya kerana mengikutkan nafsu semata mata.

Selama ini kami berfikir mungkin Parti Keadilan dan DAP yang agak lemah daripada segi akhlak dan pendirian tetapi PAS jua lebih teruk lagi sebenarnya, perangai mereka hampir menyamai musuh dalam beberapa hal. Kini kami mula sedar bahawa PAS bukan la sebuah parti yang boleh diharapkan dalam gabungan PR ia amat mirip seperi UMNO dan usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO adalah idaman sebahagian daripada duri dalam daging parti PAS.

Mereka memakai baju hijau, melaungkan Takbir duduk bersama rakan PR yang lain berpura-pura mengambilo berat hal rakyat tetapi sebaliknya hati mereka cenderung kepada musuh, semoga Allah menghancurkan mereka satu masa nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan